Mengenai Kami
UTUS Smart (Unique Technique Systematic) Smart yang ditubuhkan pada tahun 2006 merupakan organisasi dibidang pendidikan dan pembangunan pelajar dan juga organisasi. UTUS Smart telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan organisasi-organisasi profesional dalam pelbagai program pendidikan pintar kepada pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah dan institusi pendidikan. UTUS Smart diterajui oleh peneraju utama iaitu En.Yusnizam Mohamad Yusof (Master Yus).
Dengan ilmu dan kemahiran pembelajaran yang unik serta teknik-teknik belajar yang mudah, menjadikan pelajar-pelajar dan guru-guru amat tertarik. Selain itu, fokus kami juga adalah dalam bidang motivasi pelajar, remaja dan ibu bapa.
Kesemua program yang dijalankan oleh kami berkonsepkan perkongsian ilmu, jatidiri dan sahsiah. Antara perkhidmatan yang kami jalankan ialah:
1. Program Pintar Belajar
- Seminar dan bengkel ‘Math Magic’ ,
- Seminar Kecemerlangan Peperiksaan
2. Program Pembinaan Karektor dan Sahsiah
- Kem Ibadah & Tarbiyah,
- Kem Personaliti & Jatidiri,
- Kem Kepimpinan & Keterampilan dan
- Kem Aktiviti Lasak.
3. Program Sehari
- Subjek-subjek fokus dalam peperiksaan (Math Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,..);
- Motivasi pelajar, ibu bapa dan guru.
4. Bengkel/Kelas Pintar IT
- Kelas Microsoft Office (Words, Excel, Power Point dll)
- Bengkel laman web/minisite/blog.
5. Seminar Kerjaya
Program-program yang bercorak pembinaan karektor dan sahsiah diadakan di kem-kem terpilih dan berbentuk outdoor bagi membolehkan aktiviti-aktiviti praktikal dijalankan. Sementara program berbentuk kemahiran belajar diadakan di tempat-tempat yang lebih sesuai seperti dewan, resort, hotel, IPT dan lain-lain tempat yang sesuai.
Kini, UTUS Smart melebarkan lagi sayapnya dengan menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang boleh membantu menjana pendapatan individu. Selepas pelajar sekolah, kami mengorak langkah dengan mendekati golongan yang berada di alam kerjaya. Tujuan kami adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan individu malahan juga organisasi turut sama terlibat.
Selain itu, kami juga menjalankan perkhidmatan membina laman web individu, sekolah, syarikat dan sebaginya. Dengan menggunakan CMS, laman web yang dibina akan menjadi lebih mudah untuk dikemaskini.
Semoga segala perkongsian ini dapat memacu ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat insya-Allah.







2_03.gif)
1_03.gif)