Program
1. Kem Ibadah & Tarbiyyah
Progam ini disasarkan kepada pelajar Islam dengan tujuan melentur dan melahirkan individu Muslim yang berkarisma dalam semua aspek sebagai generasi masa hadapan. Penekanan diberikan dari sudut muhasabah, ibadah, akhlak, adab dan seumpamanya.
Objektif:
- Melahirkan golongan pelajar yang bersih hati.
- Membimbing dan menganjurkan akhlak Islam sebagai seorang muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat.
- Menerapkan nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan
2. Kem Personaliti & Jati Diri
Program ini bertujuan membentuk, membina dan melahirkan pelajar yang sihat dari segi akademik, sahsiah dan disiplin, akhlak dan lain-lain ciri-ciri seorang pelajar yang sebenar. Program ini bukan sahaja terhad kepada pemimpin dan pengawas, malah ianya juga terbuka kepada semua pelajar.
Objektif:
- Melahirkan pelajar yang bersifat mulia dan nilai-nilai diri yang murni.
- Mencungkil bakat dan kebolehan yang ada pada setiap individu.
3. Kem Kepimpinan & Keterampilan
Program ini khas kepada barisan pimpinan pelajar seperti pengawas, ketua darjah/tingkatan, pengawas pusat sumber dan ketua panitia/persatuan. Program ini juga terbuka kepada semua pelajar kerana setiap pelajar merupakan generasi pemimpin akan datang.
Objektif:
- Melahirkan pelajar yang bersifat pemimpin dan nilai jati diri yang murni.
- Mencungkil ciri kepimpinan yang ada pada setiap individu.
4. Kem Aktiviti Lasak (CEKAL)
CEKAL adalah singkatan daripada perkataan Cerdik + Kem Aktiviti Lasak. Kem ini menuntut peserta bukan sahaja aktif malah cerdik dalam segala tindakan. Kem ini bercorak ‘outdoor’ yang memberatkan aktiviti-aktiviti lasak.
Objektif:
- Melahirkan individu yang cerdik dalam membuat keputusan.
- Melahirkan individu yang sihat rohani dan jasmani.







2_03.gif)
1_03.gif)